Home Bahasa Malaysia Covid-19 kes -19,268 – kematian 295

Covid-19 kes -19,268 – kematian 295

Kementerian Kesihatan melaporkan 19,268 kes baharu Covid-19 dan 295 kematian, manakala 21,257 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu. Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,725,357 kes setakat ini, dengan 1,443,262 daripadanya kes pulih dan 16,382 kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 265,713 kes aktif dengan 476 daripada 1,033 pesakit di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,567 kes. Ia diikuti Sabah (2,310), Johor (2,265), Kedah (2,084), Sarawak (2,028), Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308), Perak (1,144), Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395), Negeri Sembilan (269), Perlis (71), Putrajaya (41) dan Labuan (2). Hisham berkata, terdapat 16 kes import dan 19,252 kes penularan tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here