Jika keadaan bertambah panas, Kegiatan luar bilik darjah ditangguh

Ipoh, Mac.
Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menangguhkan kegiatan luar bilik darjah jika fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini, bertambah buruk.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata pihaknya tidak mahu sebarang perkara di luar jangka berlaku, terutama membabitkan kesihatan pelajar.

Buat masa ini KPM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantau keadaan cuaca dan juga status kesihatan pelajar ini.

Kita juga akan keluarkan garis panduan dari semasa ke semasa kepada pihak sekolah bergantung kepada keperluan keadaan. Apa pun, keutamaan kepada kebajikan dan kesihatan anak-anak, katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tanjung Rambutan di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here