MENCINTAI TANAH AIR MALAYSIA

Bagan Datuk, Ogos. 30-

Sempena Hari Kebangsaan, Yogendran Nagarajan Sekolah Tamil Ladang Kamatchi, Perak mengetengahkan semangat yang tersimpan dalam diri dengan memakai baju yang diperbuat daripada bendera kebangsaan.

Meskipun setiap rakyat Malaysia di sebalik cabaran pandemik Yogendran murid tahun empat memakai baju yang diperbuat daripada bendera kebangsaan negara kita untuk menunjukkan semangat patriotiknya dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang di rumah.

Setiap tahun murid-murid mengadakan pelbagai aktiviti di sekolah bersama guru dan rakan di sekolah menjelang hari kebangsaan. Tetapi tahun ini semua sekolah telah ditutup kerana penyebaran virus Covid-19 yang berbahaya.

“Memang sedih tidak dapat ke sekolah untuk berjumpa dengan guru dan rakan-rakan serta menyambut Hari Kebangsaan tahun ini” kata Yogendran.

“Walaupun saya tidak dapat menyambut Hari Kemerdekaan di sekolah tahun ini, saya berasa selamat dan gembira menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 bersama ibu bapa di rumah”

Saya berasa gembira dilahirkan di tanah airku ini. Saya akan mencintai tanah air Malaysia selama-lamanya.

Yogendran mengibarkan Jalur gemilang  sambil melaung “Merdeka …. Merdeka …. Merdeka”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here