Ellie cemas ​akan persekolahan anak setelah membuat laporan polis mengenai isu vaksin

Ellie Suriati Omar menyatakan rasa bimbang jika pelajar – termasuk anaknya – yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 dihalang daripada menduduki peperiksaan awam. Katanya kebimbangan itu adalah wajar sebagai seorang ibu kepada dua anak yang masing-masing berusia 17 tahun dan 12 tahun.

Menurut Ellie, seorang daripada anaknya itu, Azrell Omar Iskandar, sepatutnya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, manakala Nur Azreen, 12, akan memasuki tingkatan satu. Jika berlaku begitu (hak tolak vaksin dinafikan) saya sebagai ibu mungkin terpaksa naik ke mahkamah untuk pertahankan hak kami,” katanya kepada Malaysiakini hari ini

Ellie, 51, yang juga pelakon itu mengakui memang kerajaan tidak memaksa rakyat untuk mengambil vaksin, tetapi pilihan yang dibuat itu mewujudkan diskriminasi. Hal itu menyebabkan kami tertanya-tanya dengan pilihan yang diberi. Ia pada masa sama menjadikan masyarakat berpecah-belah.

Jangan sampai kebebasan orang ramai terkekang termasuk tak boleh bekerja jika tak nak divaksin katanya. Azrell Omar dan Nur Azreen bersama seorang rakan mereka, Hanif 17 tahun – ditemani aktres terbabit – membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada 30 Ogos lalu. Ia didakwa dibuat bagi mempertahankan hak mereka menolak suntikan vaksin yang mahu dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar.

Kedua-dua anak Ellie itu membuat laporan tersebut kerana mendakwa bimbang berlaku perkara tidak diingini ke atas mereka selepas menerima borang daripada guru untuk suntikan vaksin pada dua minggu lalu. Bagaimanapun, Ellie, menafikan bahawa dia menjadi punca atau memaksa anak-anaknya untuk menolak suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya dia sekeluarga juga belum divaksin sebaliknya mengamalkan kaedah homeopati sebagai langkah mengelak wabak berbahaya itu. Bukan saya paksa, tapi mereka sendiri yang buat pilihan itu. Bagi saya, ni adalah hak kebebasan perubatan mereka.

Lagipun, dalam borang diberitahu bahawa tiada siapa akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan vaksin. Tapi saya berfikiran terbuka, sekiranya ada ibu bapa lain yang mahu anak mereka divaksin, vaksinlah. Namun, pada yang tak mahu, pandangan mereka patut didengar kerana ini libatkan generasi akan datang, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here