SARA RM100 untuk semua rakyat Malaysia – PM

Putrajaya, Julai-
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas dengan bantuan tunai ‘one-off’ RM100 melalui MyKad.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata ia bagi meringankan beban sara hidup serta penghargaan dan meraikan rakyat sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, bantuan itu akan memanfaatkan 22 juta  rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion.

“Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos hingga 31 Dis 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama serta kedai kedai runcit di seluruh negara.

“Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua anak dewasa akan dapat RM400,” katanya pada sidang media khas pengumuman penghargaan untuk rakyat.

Anwar berkata, dengan perluasan program itu, peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat kepada RM15 bilion berbanding RM13 bilion tahun ini.

Katanya, jika ada dalam kalangan rakyat tidak membelanjakan bantuan itu pada akhir tahun ini, ia akan diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun berikutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here