PM menerima lawatan Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak komited untuk menyumbangkan masa, tenaga dan idea bagi pemulihan ekonomi Malaysia susulan wabak Covid-19, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Ismail berkata demikian selepas menerima kunjungan Najib semalam di mana mereka membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19.

“Najib komited untuk menyumbangkan masa, tenaga dan idea sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia,” kata perdana menteri itu dalam catatan di Facebooknya malam tadi. Najib merupakan menteri kewangan dari tahun 2008 dan dilantik sebagai perdana menteri dari tahun 2009 sehinggalah BN tumbang dalam pilihan raya umum 2018.

Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran. Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018. Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita. Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing. Secara umumnya, itulah yang saya sampaikan kepada semua yang sudi mendengar dan menerima pandangan, kata Najib dalam catatan Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here