Pekerja kedai Nasi Kandar ditetak mati

Tasek Gelugor, Mac-
Seorang lelaki warga Myanmar maut ditetak dengan parang dalam kejadian serangan tiga individu bertopeng di sebuah kedai nasi kandar di Taman Sepadu Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 3.20 pagi, mangsa berusia 38 tahun yang difahamkan adalah pekerja di kedai itu, dikatakan didatangi tiga lelaki yang kemudian menyerangnya.

Serangan itu menyebabkan mangsa parah di badan dan kepala akibat ditetak dengan parang.

Mangsa dikata cuba menyelamatkan diri sebelum rebah dalam keadaan berlumuran darah berhampiran kedai dan meninggal dunia.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan yang dipandu seorang lagi individu.

Mayat mangsa dilaporkan telah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here