TEMBOK SIMEN ‘MAKANAN SAMPINGAN’ BAGI BUDAK BERUMUR TIGA.

Semerang: Seorang budak lelaki di Kota Tegal, Jawa Tengah memiliki tingkah laku pelik dengan memakan tanah daripada serpihan tembok simen.

Dia yang berusia tiga tahun itu mula menjadikan tanah daripada serpihan tembok simen sebagai ‘makanan sampingan’ sejak setahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu, Umrotun memaklumkan anak lelakinya berbuat demikian ketika berusia dua tahun.

“Ketika bermain di rumah, anak lelaki saya akan makan tanah daripada serpihan tembok simen,” katanya seperti dilapor portal Kompas.

Katanya, beliau menyedari perbuatan anaknya itu ketika dibiarkan bersendirian di rumah.

“Ketika dia main sendirian di dalam rumah dan saya lihat dia sedang makan tanah dari serpihan tembok,” katanya.

Bagaimanapun, Umrotun tak mengetahui kenapa anaknya suka memakan tanah.

Dia hanya beranggapan anaknya bertindak sedemikian kerana jarang dibelikan makanan ringan.

“Saya dan suami tidak mampu membeli makanan ringan untuk anak kami kerana kesempitan wang. Kami sekeluarga hanya makan dua kali sehari saja,” katanya.

Beliau berkata, suaminya bekerja sebagai juruteknik barangan elektronik dengan pendapatan tidak seberapa.

Wanita itu juga beberapa kali menegur perbuatan anak lelakinya itu namun dia akan menangis apabila ditegah memakan tanah.

Katanya, perbuatan itu menyebabkan anaknya sering mengalami sakit perut.

“Dia katakan tanah itu enak dan jika dilarang pasti akan menangis sehingga akhirnya dibiarkan saja perlakuannya sehingga kini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here