Polis membuka kertas siasatan video, pesanan lucah seorang pendakwah terkenal

Pihak polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes video dan mesej lucah tular di aplikasi Telegram yang dikaitkan dengan seorang pendakwah terkenal. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Abd Jalil Hassan berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas (KUSJT), Junainah M Kasbolah, Jabatan Siasatan Bukit Aman atau Pegawai Penyiasat Kes, Mohd Khabir Mohd Afandi di talian 03-22666071.

Semalam media melaporkan, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengajak orang ramai tampil membuat pendedahan berhubung kes gangguan seksual didakwa membabitkan pendakwah popular. Firdaus berkata usaha itu bagi meningkatkan kesedaran orang ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa berani tampil membuat laporan polis.

Terdahulu, Firdaus mendedahkan sebahagian perbualan gangguan seksual yang dikatakan antara hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri dari telefon bimbit mangsa. Kesemua bukti-bukti yang kami kongsikan di Telegram telah diserahkan oleh mangsa kepada pihak polis. Bukti-bukti tersebut tidak pernah kami sebar atau kongsikan agar tidak mengganggu siasatan pihak polis  katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here