Jangkitan terendah sejak 22 Jun – 4,782 kes baharu

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,782 kes baru Covid-19. Ini menjadikan jumlah kumulatif kini pada 2,436,498 kes. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 125 hari, iaitu sejak 22 Jun lalu.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu juga menurun sebanyak 10.6 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini. Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mencatatkan peningkatan terutamanya di Pulau Pinang (+34.0 peratus), Terengganu (+29.6 peratus) dan Kedah (+11.9 peratus).

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (24 Oktober) yang menyaksikan 5,666 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,078), Sarawak (754), Johor (566), Sabah (502), Kelantan (469), Kedah (421), Perak (349), Pulau Pinang (279), Terengganu (277), Melaka (262), Pahang (252), Negeri Sembilan (218), Kuala Lumpur (162), Perlis (40), Putrajaya (30), Labuan (7).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here