Salah guna kad debit orang lain – Wanita ditahan

Kuala Lumpur, Jan 12.
Seorang wanita berusia 44 tahun ditahan polis kerana disyaki menyalahgunakan kad debit seorang penjawat awam di sekitar Desa Petaling pada Rabu lepas.

Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, wanita itu ditahan pada 7.45 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Brickfields. Katanya, polis mengesan satu kenyataan di Facebook oleh seorang lelaki berusia 35 tahun mengenai dakwaan kehilangan kad debit.

Hasil semakan mendapati terdapat dua transaksi pengeluaran daripada akaun miliknya pada 24 hingga 25 Dis lepas tanpa pengetahuan mangsa, melibatkan kerugian RM4,400, katanya dalam kenyataan malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here