COVID-19: 5,726 jangkitan baharu hari ini

Sebanyak 5,726 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,442,224 sejak wabak dikesan Januari tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 5,711 kes adalah penularan tempatan iaitu 5,489 warganegara (96.1 peratus) dan 222 bukan warganegara (3.9 peratus) manakala 15 lagi kes import membabitkan sembilan rakyat Malaysia dan enam warga asing.

Beliau berkata, sebanyak 598 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat tengah hari tadi dan 308 kes memerlukan bantuan pernafasan. Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 97 kes atau 1.7 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,629 kes atau 98.3 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM juga mengesan tujuh kluster jangkitan COVID-19 baharum hari ini, menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan setakat ini sebanyak 5,735 kluster, dengan 5,229 kluster sudah ditamatkan dan 506 kluster masih aktif, katanya dalam kenyataan, hari ini. Setakat tengah hari tadi juga, sebanyak 5,607 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 di negara ini kini mencecah 2,340,390 atau 95.8 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, lima daripada tujuh kluster yang dikesan hari ini membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu kluster komuniti dan pendidikan tinggi. Satu daripada kluster tempat kerja yang dikesan adalah kluster berulang iaitu Kluster Industri Jalan Elkay Utama 2 di Jasin, Melaka yang kini sudah menjangkiti 75 individu.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, setakat semalam, nilai kadar kebolehjangkitan (RT) negara pada kadar 0.89 dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu 0.99.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here