BN akan tanding 40, PH 33 kerusi DUN di PRN17 Sabah

Kuala Lumpur, Mei-
Barisan Nasional (BN) Sabah mengesahkan akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) tahun ini.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, yang mengesahkan perkembangan itu, berkata baki 33 kerusi diberikan kepada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ketika ini proses saringan calon sedang berlangsung.

“Kalau BN-PH, kita sudah ada persefahaman dan tak ada pelanggaran agihan kerusi dengan PH. Mereka juga bersetuju dengan kerusi yang kita mahu bertanding.

“Kita tanding 40 kerusi selebihnya (33 kerusi) adalah PH,” katanya pada sidang media semalam.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, akan wujud isu pertindihan kerusi DUN antara BN dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) jika gabungan berkenaan mahu bekerjasama pada pilihan raya negeri nanti.

Beliau juga mendedahkan yang isu pertindihan kerusi antara BN dan GRS bukan hanya membabitkan beberapa kerusi DUN tetapi hampir keseluruhan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here