Facebook kini dikenali Meta

Platform sosial media terbesar, Facebook kini dijenamakan semula kepada Meta. Pengasas platform berkenaan, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara berkenaan dan semua aplikasi di bawah Meta iaitu Facebook, Messenger, Instagram dan beberapa platform lain kekal beroperasi seperti biasa.

 Menerusi majlis Facebook Connect awal pagi tadi, Zuckerberg turut memperlihatkan dunia meta berkenaan akan mengubah cara pengguna berinteraksi antara satu sama lain. Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa dunia meta itu akan menjadi evolusi baharu Internet.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here