5,854 kes baru Covid-19

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,854 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,466,663. Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 12.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.  Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pahang (+44.7 peratus), Kedah (+33.1 peratus) dan Terengganu (+26.2 peratus).

Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (29 Okt) di mana 6,060 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (1,328), Sabah (589),  Sarawak (566),  Kelantan (522),Kedah (470), Johor (458), Pahang (367), Pulau Pinang (348), Kuala Lumpur (299), Melaka (264),Perak (256) Terengganu (251), Negeri Sembilan (247), Putrajaya (44), Perlis (40), Labuan (11).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here