Covid-19 kes baru 5,403

Kes positif baru Covid-19 melepasi 5,000 dengan sebanyak 5,403 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi berbanding 4,543 kes, semalam. Pada 7 November lalu, 4,343 kes baru Covid-19 dicatakan yang adalah yang terendah dalam 175 hari, sejak 16 Mei.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu hantaran di Facebook, berkata ini menjadikan kes kumulatif sekarang berjumlah 2,516,255 sejak jangkitan itu dikesan pada akhir Januari tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here