Kadar kelahiran di Malaysia turun 2.8%3

Putrajaya, Nov 8.
Jumlah kelahiran hidup menurun 2.8% kepada 110,354 kelahiran pada suku ketiga tahun 2023 berbanding 113,506 kelahiran dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Perangkaan Demografi dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini.

Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin, dalam kenyataan berkata jumlah kelahiran bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,260 orang berbanding 53,094 bayi perempuan.

Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 20,648 kelahiran, manakala Labuan merekodkan jumlah terendah dengan 375 kelahiran. Beliau berkata 46,646 kematian direkodkan pada suku ketiga 2023, menurun 10% berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 51,841 kematian.

Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 7,217 kematian, manakala Putrajaya terendah dengan 72 kematian.

Dari segi umur, katanya jumlah kematian 60 tahun dan ke atas tertinggi, iaitu 32,417 kematian (69.5%), diikuti 41-59 tahun (20.8%), 15-40 tahun (7.2%) dan 0-14 tahun (2.5%).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here