Wanita pecah rumah kena cekup

Alor Setar: Kegiatan licik seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan curi dalam bangunan di sekitar bandar raya ini berakhir apabila dia ditahan polis, semalam.

Terdahulu, polis turut mengesan satu hantaran melalui Facebook (FB) dan Tik Tok berkaitan seorang wanita yang disyaki memecah masuk sebuah kereta di pusat bandar.

Bagaimanapun pihak polis sedang mengesan pemilik kereta dalam media sosial berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berdasarkan kes itu juga, pihaknya melakukan tangkapan terhadap suspek jam 1.30 tengah hari semalam dan mendapati wanita itu disyaki terbabit dengan kes pecah rumah dan curi dalam bangunan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here