Sela masa dos penggalak Pfizer, AstraZeneca dipendekkan kepada 3 bulan

Sela masa bagi penerima vaksin primer Pfizer dan AstraZeneca Covid-19 akan dipendekkan kepada tiga bulan berbanding enam bulan sebelum ini, umum Kementerian Kesihatan hari ini, dalam langkah yang akan menyaksikan lebih ramai orang layak menerima suntikan penggalak bagi berdepan dengan kebangkitan gelombang Omicron yang sedang melanda negara.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan sedang meningkatkan pemberian suntikan dos penggalak, yang akan mewujudkan semula pusat pemberian vaksin mega. Kebanyakan masyarakat dewasa Malaysia layak untuk suntikan penggalak dijangka menerima vaksin itu pada Januari dan Februari akan datang.

Kita akan memberi temu janji kepada mereka yang layak berdasarkan keutamaan-keutamaan termasuklah mengikut turutan umur age deescalation, dan juga mengambil kira status kesihatan. Keutamaan diberikan kepada mereka yang ada komorbiditi dan sebagainya, katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, keputusan KKM itu adalah berikutan hasil dapatan daripada data kajian klinikal dan kajian Real World, termasuk The Real-World Evaluation of Covid-19 Vaccines Under the Malaysia National Covid-19 Immunisation Programme (RECoVaM) yang menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap jangkitan berkurangan dengan masa.

“Data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi yang lebih tinggi, daripada imuniti yang disebabkan oleh vaksin atau jangkitan semula jadi.

Selain itu, bukti kukuh yang terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan vaksin penggalak Covid-19 mungkin meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here