Jumpa di mahkamah

 Kerajaan Pulau Pinang bersedia untuk ke mahkamah berhubung tuntutan caj air mentah oleh kerajaan Kedah yang kini sudah melantik peguam bagi menghalusi dan ambil tindakan dalam isu berkenaan. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sudah menjangkakan perkara berkenaan akan berlaku dan kini menunggu keputusan dari Kedah untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, Pulau Pinang memang menunggu kerana tindakan bercakap di luar mahkamah tidak mendatangkan sebarang manfaat. Kita sebenarnya menunggu (tindakan mahkamah) sebab cakap di luar pun tak bermanfaat kepada sesiapa pun. Kalau benar-benar mahu isu ini diselesaikan biar sampai ke mahkamah.

Terdahulu Kon Yeow merasmikan Majlis Pengiktirafan Dan Anugerah Warisan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI). Dalam pada itu, Kon Yeow berkata pihaknya tidak melantik peguam untuk mengendalikan kes terbabit. Kita hanya menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk tindakan selanjutnya,katanya.

Sementara itu, Kon Yeow turut mengulangi pendirian Kerajaan Pulau Pinang untuk merujuk isu itu kepada hak riparian atau hak pemilik tanah di tebing sungai untuk menikmati manfaat sumber semula jadi terbabit sebagaimana diiktiraf peringkat konvensyen antarabangsa.

Beberapa media tempatan pada Sabtu lalu melaporkan Kerajaan Kedah sudah melantik panel peguam untuk menguruskan tuntutan caj air mentah diambil Pulau Pinang melalui Sungai Muda.  Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, tindakan itu diambil bagi menunjukkan kerajaan negeri sangat serius dalam isu itu setelah sekian lama permintaan itu tidak diendahkan Pulau Pinang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here