Covid-19 kes baru 21,315

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 21,315 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 3,061,463. Daripada kes harian yang dilaporkan pada 14 Februari 2022, sebanyak 87 kes (0.41 peratus) daripada kategori 3, 4, dan 5 manakala 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah kategori 1 dan 2. Kategori 1 : 6,200 kes (29.09%), Kategori 2 : 15,028 kes (70.50%), Kategori 3 : 48 kes (0.23%), Kategori 4 : 23 kes (0.11%) Kategori 5 : 16 kes (0.07%)

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Feb 13) di mana 21,072 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (5,350), Sabah (3,891), Johor (2,419), Kedah (1,841), Pulau Pinang (1,566), Kelantan (1,208), Pahang (1,099), Kuala Lumpur (1,001), Negeri Sembilan (983), Perak (444), Melaka (429), Terengganu (297), Sarawak (201), Perlis (129), Labuan (109), Putrajaya (105).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here