Lelaki maut, kemalangan tiga kenderaan

Kuala Lumpur: Lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, Proton Waja dipandu lelaki itu dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan lalu melanggar dua kenderaan lain.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kejadian pada 6.47 pagi. Menurutnya, sebuah jentera bersama tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi. Setibanya di lokasi mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Waja, Perodua Bezza dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.

Terdapat seorang lelaki berusia 37 tahun tersepit dalam kereta dan berjaya dikeluarkan anggota bomba. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur. Pemandu sebuah lagi kereta cedera ringan dan pemandu MPV bersama anak perempuannya tidak cedera, kata kenyataan itu. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here