Hukuman mati mandatori dimansuhkan

 Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, manakala kajian lanjut akan melaksanakan hukuman gantian.

Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin.

Wan Junaidi dalam satu kenyataan, hari ini, berkata kerajaan secara prinsipnya juga menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu.

Jemaah Menteri telah bersetuju agar penyelidikan dan kajian lanjut melaksanakan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here