Remaja OKU dirogol dua rakan bapa

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang bapa apabila anak perempuannya berusia 13 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki itu. Lelaki berusia 54 tahun itu hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya berusia 13 tahun itu selepas mangsa mengadu sakit perut dan pinggang ketika mereka berada di kampung, baru-baru ini.

Menurut sumber, lelaki itu kemudian membawa anaknya bertemu bidan kampung sebelum diberitahu kemungkinan anaknya itu pernah melakukan hubungan seks. Terkejut dengan perkara itu, dia bertanya kepada mangsa sebelum anaknya menceritakan pernah menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki bapanya ketika suspek menumpang rumah mereka di Bukit Jalil.

Mangsa juga memberitahu dia dirogol beberapa kali oleh suspek ketika bapanya tiada di rumah, katanya. Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya. Sumber berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan setakat ini suspek masih belum ditahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here