Air pasang besar diramalkan di 4 negeri hingga Khamis

KUALA LUMPUR: Air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan, bermula semalam hingga Khamis ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Dalam perkongsian melalui Facebook, NADMA menunjukkan bahawa Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terbabit ialah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor; serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Katanya, fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada ketika fenomena ini berlaku,” menurut perkongsian itu. Maklumat lanjut dan jadual ramalan pasang surut edisi 2022 boleh didapati dalam laman sesawang https://hydro.gov/ramalanpasangsurut.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here