Pelakon veteran dibunuh anak sendiri kerana harta, mayat dibuang ke sungai

NEW DELHI: Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta. Selepas membunuh ibunya, mayat Veena dibuang oleh suspek ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

Veena, 74, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS). Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.

Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu. Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah ‘Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna’, ‘Dal: The Gang’ dan ‘Bandhan Pheron Ke’-AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here