Lelaki maut jatuh dari tingkat lima hotel

Kota Kinabalu: Lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan hotel di Tanjung Aru, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 6.10 petang itu, mangsa berusia 36 dipercayai terjatuh sehingga ke beranda tingkat satu bangunan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 petang, dan sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, terdapat mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu bangunan berkenaan. Mangsa dibawa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada 6.42 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here