3 subsektor diberi kuota 7,500 pekerja asing

Kuala Lumpur, Sep 9
Kerajaan meluluskan kuota 7,500 pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Menteri itu berkata pembukaan semula itu tidak bersifat menyeluruh dan berlandaskan keperluan sebenar tiga subsektor itu. Saya yakin pengumuman ini akan membantu pengusaha masyarakat India terkesan selama ini akibat kesukaran mendapatkan pekerja tempatan sehingga menjejas kelangsungan operasi perniagaan serta berdepan risiko menutup perniagaan mereka.

Pada 4 Sept lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan meluluskan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga subsektor itu yang dibekukan sejak 2009.

Tetapi, Anwar meletakkan syarat supaya belia tempatan diberikan latihan bagi mengisi keperluan tenaga kerja melibatkan tiga subsektor itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here