Laporan Nahas Elmina

Kuala Lumpur, Sep 15.
Laman sesawang Kementerian Pengangkutan, sudah dimuat naik laporan awal nahas pesawat Beechcraft Premier 1. Pesawat itu terhempas Ogos 17 lalu di Bandar Elmina, Shah Alam dan mengorbankan 10 nyawa. Hasil siasatan awal mendapati pesawat mempunyai sijil kelayakan udara sah dan diselenggara mengikut peraturan, juga mempunyai lesen dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada.

Kejadian berlaku pada waktu siang dengan jarak penglihatan yang jelas sehingga lebih 10 kilometer dan keadaan meteorologi yang baik. Pesawat itu berlesen dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada, menurut laporan itu.

Hasil siasatan juga mendapati juruterbang pesawat itu sudah menghubungi menara kawalan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, pada jam 2.47 petang.

Pada jam 2.48 petang, kebenaran untuk mendarat di landasan 15 diberikan dan dalam beberapa saat, pesawat Beechcraft Premier 1 itu menerima maklum balas berkenaan.

Bagaimanapun, selepas itu tiada transmisi radio kedengaran dari pesawat itu sebelum nahas dilaporkan hingga mengorbankan 10 nyawa.

Berdasarkan laporan itu, data mendapati pada jam 2.47 petang, pada ketinggian 2,600 kaki, pesawat itu berdepan pengurangan kelajuan dan penurunan.

Dalam tempoh dua minit, iaitu pada jam 2.49 petang, pada ketinggian 1,025 kaki, pesawat itu mula membelok ke kanan dan berterusan hingga berada pada ketinggian 550 kaki, yang menjadi penghantaran data terakhir direkodkan.Sementara itu, tiada sebarang bukti berkaitan bulu burung atau sisa unggas ditemui pada mana-mana struktur rangka pesawat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here