Kes kusta meningkat 40%

Putrajaya, Jan 30.
Kes kusta baharu dalam negara meningkat sebanyak 40% kepada 256 kes pada 2023 berbanding 183 kes tahun 2022.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan sempena Hari Kusta Sedunia berkata peningkatan berkenaan berikutan pengukuhan aktiviti mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan.

“Pengukuhan aktiviti ini adalah selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mencapai sasaran sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030.

“Pengesanan awal kes dan kontak rapat dapat mengawal penyakit kusta daripada terus merebak, manakala rawatan awal dapat mengurangkan dan mencegah komplikasi penyakit dan kecacatan kekal,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga turut melaksanakan pemberian rawatan profilaksis Dos Tunggal Rifampicin kepada kontak rapat dan komuniti berisiko seperti saranan WHO sebagai langkah tambahan dalam mengurangkan risiko penyakit kusta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here