Pengajaran sebenar belajar dari Mandela – Anwar

Kuala Lumpur, Sep 23.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau mencontohi bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela untuk memaafkan, mempunyai belas kasihan dan fokus kepada kebertanggungjawapan demokrasi serta berkhidmat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN berhubung apa yang dicontohi dari Mandela dalam aspek kepemimpinan selepas berdepan pengalaman hampir sama iaitu dipenjarakan.

“Madiba (Mandela) mengajar saya pengajaran sebenar, salah satunya adalah untuk boleh memaafkan, belas kasihan namun pada masa sama, untuk benar-benar fokus kepada kebertanggungjawapan demokrasi dan berkhidmat untuk rakyat. Kita sudah hilang fokus dan kini perlu memberi tumpuan semula serta memulakan perubahan dengan mencetuskan pembaharuan untuk demokrasi, keadilan selain memacu pembangunan ekonomi,” kata Anwar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here