Bentong, Sep 23.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam berdepan saingan dari Perikatan Nasional dan calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai 7 Oktober ini(PN)Amizar, 53, yang berasal dari FELDA Chemomoi dalam DUN Pelangai , akan ditentang calon PN, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).
Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, di sini pagi ini.
PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandang kerusi itu diisytiharkan kosong susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor, bulan lalu.