Kota Bharu, Sep-
Lelaki yang parah dipercayai diserang beruang di Kampung Dalam Senduk, Jerek, dekat Gua Musang, meninggal dunia awal pagi tadi.
Mangsa, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian jam 3.45 pagi.
Adiknya, Siti Jamilah, 22, mengesahkan kematian mangsa. Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki parah dipercayai diserang beruang ketika keluar memikat burung di kawasan kebun di Kampung Dalam Senduk.
Dalam kejadian Ahad lalu itu, Muhamad Zaki cedera dengan kesan koyakan pada kepala dan kaki serta mata akibat cakaran haiwan liar itu.





















