2 staf perubatan direman 6 hari kes rasuah urus mayat bukan Islam

Seremban, Sep 27.
Empat kakitangan perubatan ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Dua daripada empat staf perubatan awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam itu, direman enam hari bermula hari ini. Manakala dua lagi dilepaskan dengan jaminan RM10,000 atas faktor kesihatan.

Dua individu dibenarkan ditahan reman selama enam hari sehingga 1 Oktober dan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan. Mereka diwakili peguam, M Parameswary dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), kata sumber.

Mereka yang ditahan itu adalah empat individu berusia lingkungan 30-an hingga 50-an, termasuk seorang wanita.

Mereka disyaki menerima rasuah RM100 hingga RM600 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here