Kuala Lumpur, Feb-
Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan pertuduhan pengabaian dihadapi ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin tidak cacat dan mengikut peruntukan undang-undang.
Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan pihak pembelaan mengenai pertuduhan dihadapi pasangan suami isteri Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf adalah cacat kerana tidak memperincikan kesalahan dilakukan.
“Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pertuduhan dalam kes ini mengikut undang-undang diperuntukkan, tidak defektif dan tiada unsur dalam pertuduhan yang menunjukkan bahawa tertuduh dinafikan untuk pembelaan sewajarnya.
“Oleh itu, bantahan awal pembelaan ditolak dan kes bicara bermula jam 2 petang,” katanya.




















