Kuala Lumpur, Sep 27.
Seorang kanak- kanak berumur 10 tahun dari Malaysia berjaya memecah Guinness World Records, selepas menyusun papan catur dalam masa 45.72 saat dengan mata bertutup.
Punithamalar Rajashekar yang merupakan pemain catur sekolahnya diiktiraf oleh badan rekod dunia, Guinness World Records, sebagai pemegang rekod terbaru untuk menyusun set catur dengan mata tertutup, dalam masa terpantas sekali.
Punithamalar merupakan Ahli Persekutuan Catur Antarabangsa. Dia mula main catur dari umur 5 tahun. Bapa Punithamalar adalah jurulatih kepadanya pada awal penceburannya.
Punitha mencipta nama sebagai budak pintar yang paling kecil di dunia mengatur set catur paling pantas dengan menutupi mata. Dia sudah mencipta rekod yang menakjubkan itu pada 19 May 2023 di Aeon Mall Kinta City, Ipoh, Perak.
Punithamalar adalah pelajar cemerlang tahun 4 di SJK (T) Mengelumbu. Bukan sahaja mahir dalam permainan catur tutup mata, Punithamalar juga mencipta pencapaian terbaik di akademik. Malah dia pun menunjukkan prestasi yang amat menakjubkan di dalam seni Yoga.