Malaysia dinobatkan destinasi pelancongan perubatan nombor satu dunia

Kuala Lumpur, Mei-
Keyakinan terhadap kepakaran doktor dan jururawat tempatan, kualiti rawatan bertaraf antarabangsa serta layanan mesra berteraskan nilai murni masyarakat Malaysia menjadikan negara ini pilihan utama pelancong kesihatan dari seluruh dunia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, menurut pengiktirafan terbaharu yang dikeluarkan oleh firma global, Nomad Capitalist berpangkalan di Dubai, Malaysia dinobatkan sebagai destinasi pelancongan perubatan nombor satu dunia mengatasi negara seperti Singapura, India dan Turkiye.

Menurutnya, kedudukan itu membuktikan keyakinan antarabangsa terhadap keupayaan dan sistem penjagaan kesihatan negara.

“Malaysia kini dinobatkan sebagai destinasi nombor satu dunia untuk pelancongan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here