Pµtrajaya, Sep 28.
Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang akan dilaksanakan pada Oktober hadapan adalah untuk menyelesaikan persoalan berkaitan agama serta kaum. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata jawatankuasa itu turut berperanan menjadi medium perbincangan antara pemimpin agama bagi menyelesai perkara berkenaan.
Jawatankuasa berkenaan akan menjadi jurucakap untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai agama Islam itu sendiri.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang sememangnya menyambut baik perkara berkenaan, katanya pada sidang media selepas hadir sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .




















