9 didakwa culik wanita Indonesia

Georgetown, Sep 30.
Sembilan individu didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menculik seorang wanita warga Indonesia pada 7 Sept lalu.

Dua tertuduh warga Indonesia, Agong Laksono dan Yusuff Bahtiar manakala tujuh yang lain warga tempatan iaitu Mohamad Noor Shahrizuan Hashin, Tan Gim Chun, C Youganathan, Elaine Gooi Swee May, Lok Wai Lun, Haffizan Samsudin dan Noorazlin Mat Kasa.Semua tertuduh berusia lingkungan 29 dan 41 tahun mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menculik mangsa yang berusia 36 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM540,000 di sebuah unit Pangsapuri Sri Aman, Paya Terubong, kira-kira 7 pagi, 7 Sept lalu.Media sebelum ini melaporkan seorang wanita melalui detik menakutkan apabila diculik, dikurung dan diseksa selama 10 hari di sebuah rumah selepas suaminya didakwa tidak membayar hutang.Seorang lelaki warga Indonesia membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Selangor, mendakwa isterinya yang sedang bercuti di Georgetown, diculik sekumpulan individu tidak dikenali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here