10 pelajar Nepal terbunuh di Israel

New Delhi, Okt 9.
Sepuluh pelajar Nepal terbunuh dalam serangan di Israel, kelmarin, kata kerajaan Nepal semalam.

Empat lagi cedera dalam operasi yang dilancarkan terhadap sasaran Israel oleh kumpulan Palestin Hamas. “Kedutaan kami sedang menyelaras dengan Kementerian Luar mengenai bagaimana mayat mangsa boleh dihantar pulang selepas pemeriksaan,” kata duta Nepal ke Israel, Kanta Rizal kepada media Nepal.

Terdahulu pada Ahad, Menteri Luar Nepal Narayan Prakash Saud berkata 17 pelajar Nepal sedang belajar di “Kibbutz Alumim” Israel berhampiran Semenanjung Gaza dan tidak ada komunikasi dengan 11 daripada mereka. “Pada masa ini, terdapat kira-kira 4,500 warga Nepal berkhidmat sebagai pengasuh di Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here