Curi 300 telur ayam, penganggur dipenjara 6 bulan

Tawau, Okt 19.
Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang penganggur atas kesalahan mencuri 300 telur ayam yang didakwa dilakukannya pada 13 Oktober ini.

Hukuman itu diputuskan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas tertuduh, Rakib Hassan, 39, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Rakib didakwa didakwa mencuri 300 biji telur ayam yang dimuatkan ke dalam 10 kotak milik seorang peniaga pada jam 9.30 pagi di kawasan tempat letak kereta Tapak 100 Tahun, di Jalan Dunlop, di sini.

Tindakan itu menyebabkan pengadu kerugian kira-kira RM147. Tertuduh juga sempat menjual semula telur berkenaan pada harga RM10 sekotak kepada individu lain, sebelum ditahan polis jam 11.56 pagi hari sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here