Zambry adakan lawatan kerja ke India

Putra Jaya, Nov 6.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, akan memulakan lawatan kerja ke New Delhi, India, bermula bermula Isnin hingga Selasa ini.

Ketika lawatan itu, Zambry dijadual mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (MSB) bersama rakan sejawat di India, Dr S. Jaishankar. Kedua-dua menteri akan membincangkan kerjasama sedia ada serta potensi kerjasama masa depan, selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Mesyuarat yang dijadualkan pada 7 November ini adalah mesyuarat kali keenam dalam siri MSB antara Malaysia dengan India. Kali terakhir MSB diadakan adalah pada 2011 di Kuala Lumpur,” menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here