Suspek hina Perdana Menteri di media sosial ditahan reman

Putrajaya, Nov 15
Polis menahan lelaki mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media sosial.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, lelaki berusia 43 tahun adalah pekerja kilang di Melaka dari Bandar Baru Salak Tinggi itu ditahan pada jam 9.30 malam di Melaka semalam.

Beliau berkata, perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Bandar Baru Salak Tinggi Sepang bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Semalam IPD Sepang melalui satu kenyataan menafikan anggotanya terbabit dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri menerusi media sosial pada Selasa.

Melalui semakan dijalankan berdasarkan satu tangkap layar memaparkan komen yang dilontarkan seorang individu mendakwa anggota di IPD Sepang.

Semakan dijalankan pihak Bukit Aman menerusi telefon bimbit yang digunakan mengesahkan individu terbabit bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here