COVID-19: Tiada laporan rakyat Malaysia di AS maut

Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung rakyat Malaysia dijangkiti atau meninggal dunia akibat COVID-19 di Amerika Syarikat.

Mengikut prosedur pihak berkuasa tempatan, sebarang kematian yang melibatkan warganegara asing akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat kepada Pejabat Perwakilan Asing di negara itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York sentiasa memantau perkembangan wabak ini terutama bagi kes yang melibatkan rakyat Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia sering berhubung rapat dengan PBT yang bertanggungjawab dalam pengurusan pandemik COVID-19.

Wisma Putra turut menasihati rakyat Malaysia di luar negara untuk berhubung dengan Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat, sekiranya terdapat sebarang kesangsian mengenai maklumat berhubung situasi rakyat Malaysia di luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here