Shah Alam, Nov 16.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau seakan diesel di Sungai Sembah, malam tadi.
LUAS berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung insiden itu jam 10.30 malam.
Susulan itu katanya, kod kuning berdasarkan manual kecemasan pencemaran sumber air kemudian diaktifkan.
“Pemantauan rapi diaktifkan segera di tiga lokasi pemantauan iaitu di Sungai Sembah, Sungai Selangor dan inlet kolam Hang Tuah, Bestari Jaya. “Sehingga kini sekitar tempoh melebihi dua jam, tiada penemuan sebarang risiko pencemaran bau di dalam aliran Sungai Selangor,” katanya menerusi hantaran di Facebook.




















