SPRM beku akaun Aman Palestin

Kuala Lumpur, Nov 23.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun bank Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00 semalam.

Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

“Sebelum ini, SPRM turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here