9 lelaki didakwa merusuh

Melaka, Sep 30.
Sembilan lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan rusuhan dengan menggunakan senjata termasuk parang hingga mendatangkan kecederaan, dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Jasin, tiga minggu lalu.

Semua tertuduh, P. Kogilanathan 24, A. Loges 30,V. Megan, 26, R. Thiven 26, D. Mahendran 43,
P. Thanabalan 33, N. Murthy 37, D Thivendran 33, dan M. Kugan 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menggunakan senjata parang, besi dan kayu hingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan badan mangsa dalam kejadian di persimpangan Taman Ayer Merbau, Jasin, jam 12.33 tengah malam, 11 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here