Cederakan bapa – Lelaki dipenjara lima tahun

Melaka, Nov 28.
Seorang penganggur dihukum penjara lima tahun kerana mencederakan bapa kandung dengan sebilah pisau.

Hakim Mahkamah Sesyen, Darmafikri Abu Adam membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhamad Azmizal Ahmad, 28, mengekalkan pengakuan bersalah pada sebutan kes berkenaan hari ini, selain menimbangkan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Dalam penghakimannya beliau berkata, mahkamah berpuas hati tertuduh mengaku bersalah tanpa syarat dan mensabitkannya seperti pertuduhan.

Kesalahan dilakukan tertuduh ini adalah serius kerana membabitkan kecederaan terhadap bapa kandung menggunakan pisau hakim kata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here