Geng Janggut, Geng Deva tumpas

Petaling Jaya, Dis 23.
Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah, ‘Geng Janggut’ dan ‘Geng Deva’ yang disyaki terbabit kes pecah rumah dan sekolah sekitar daerah ini.

Dari ‘Geng Janggut’, tiga suspek berusia lingkungan 37 hingga 40 tahun disyaki terbabit tujuh kes pecah rumah sekitar Seksyen 17 di sini pada 10 Disember lalu yang melibatkan kerugian mencecah RM146,000.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly, berkata Pasukan ‘Task Force Khas Pintu’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berjaya membuat tangkapan ke atas kesemua suspek terbabit sekitar Seksyen 14, di sini, dua hari kemudian.

Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai 20 rekod jenayah, manakala dua rakannya, masing-masing ada 12 dan tiga rekod lampau. Semua suspek direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. M. Hussin Sollehuddin berkata, pasukan sama turut berjaya menahan dua lelaki lain, disyaki ahli ‘Geng Deva’ yang dipercayai terbabit lima kes pecah sekolah sekitar daerah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here