Tapir jatuh parit

Sungai Besar, Jan 02.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabak Bernam bersama PERHILITAN Selangor ambil masa tiga jam untuk menyelamatkan seekor tapir yang terperangkap dalam parit di jalan besar Kampung Belia Satu, Sungai Panjang, di sini, semalam.

Pengarah PERHILITAN Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh, berkata pihaknya menerima maklumat APM jam 6 petang berhubung tapir dewasa terperangkap dalam parit dan cedera dua kaki belakang dipercayai dilanggar kenderaan.

Bagaimanapun, haiwan liar itu masih aktif dan agresif dengan cuba naik ke tebing menggunakan kedua-dua kaki hadapannya namun tidak berjaya, katanya dihubungi, hari ini.

Wan Mohd Adib berkata, pihaknya bersama APM kemudian menaikkan tapir itu ke tebing dan memandu arahnya ke perangkap pindah. Tapir dinaikkan jam 9.50 malam dan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungkai untuk rawatan lanjut, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here